Aplikasi MCMC Nexus Kini di Google Play Store
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan MCMC Nexus (Beta). Aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna memantau prestasi sambungan internet secara lebih menyeluruh.
Aplikasi ini bukan sahaja menjalankan ujian kelajuan, malah memaparkan maklumat perubahan rangkaian seperti peralihan dari 5G ke 4G dan pertukaran menara komunikasi, membantu pengguna mengenal pasti lokasi liputan lemah. Data yang dikumpul akan dihantar terus kepada MCMC dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi tujuan penambahbaikan rangkaian, ke arah meningkatkan kualiti internet negara. - Muat turun sekarang di Google Play Store. - Versi penuh dan untuk iOS akan dilancarkan tidak lama lagi.