PEMAKLUMAN BERKENAAN LESEN M365, VISIO & PROJECT

PEMAKLUMAN BERKENAAN LESEN M365 VISIO PROJECT

 

LESEN M365, VISIO & PROJECT


Dimaklumkan bahawa lesen Microsoft 365 (M365) yang disediakan oleh UMPSA hanya merangkumi aplikasi-aplikasi terpilih dan tidak termasuk Microsoft Visio serta Microsoft Project.

Sekiranya anda ingin menggunakan Microsoft Visio atau Microsoft Project, lesen boleh diperoleh melalui Lesen KMS yang dibekalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Walau bagaimanapun, penggunaan Visio dan Project bersama M365 di dalam komputer yang sama mungkin akan menghadapi sedikit kesukaran sekiranya dilakukan secara persendirian.

Ini kerana pemasangan dan pengaktifan lesen perlu dilakukan secara khusus bagi memastikan keserasian antara versi M365 dan aplikasi tambahan tersebut.

⚠️ PENTING

Untuk pemasangan yang melibatkan gabungan M365, Visio dan Project, pemasangan wajib dilakukan menggunakan batch script yang telah ditetapkan bagi memastikan keserasian sistem.
Sila rujuk Helpdesk DiTEC bagi bantuan pengguna. Terima Kasih.