Bahagian Governan & Strategik ICT
i. Merancang operasi governan dan keselamatan ICT yang merangkumi skop bantuan pengguna, infrastruktur dan infrastruktur ICT universiti.
ii. Mentadbir penyelenggaraan kemudahan perkhidmatan digital bantuan pengguna, portal PTJ dan keselamatan ICT UMPSA bagi menjamin kesinambungan tadbir urus digital.
iii. Mentadbir penyelenggaraan platform digital bantuan pengguna, media sosial jabatan dan portal jabatan serta PTJ bagi kelestarian pengoperasian UMPSA.
iv. Mengurus pelaksanaan khidmat nasihat dan perundingan berkaitan governan ICT, keselamatan digital, bantuan pengguna dan portal PTJ.
v. Mentadbir sumber manusia, kewangan jabatan dan pembangunan modal insan bagi kelestarian operasi digital jabatan dan peningkatan kompetensi staf jabatan.
vi. Mentadbir aktiviti dan pembudayaan keselamatan siber serta amalan pematuhan governan ICT.
Unit Pematuhan & Strategik Operasi
i. Melaksanakan pembangunan dan penyelenggaraan dokumen polisi, prosedur dan garis panduan berkaitan operasi dan keselamatan ICT UMPSA.
ii. Menyediakan khidmat nasihat berkaitan keselamatan maklumat.
iii. Melaksanakan audit pengoperasian dan keselamatan maklumat.
iv. Melaksanakan aktiviti dan program pematuhan, pematuhan keselamatan maklumat dan ICT UMPSA bagi menjamin keselamatan maklumat serta meningkatkan kesedaran warga UMPSA terhadap kepentingan keselamatan maklumat universiti.
Unit Keselamatan Siber
i. Melaksanakan pelan pemulihan bencana ICT bagi menjamin kesinambungan perkhidmatan ICT universiti.
ii. Menyediakan khidmat nasihat dan perundingan keselamatan siber.
iii. Melaksanakan pengawasan dan pengurusan insiden keselamatan siber.
iv. Melaksanakan pengoperasian dan aktiviti yang melibatkan pengurusan keselamatan ICT UMPSA untuk memenuhi keperluan pelaporan kepada pihak pengurusan ICT UMPSA.
Unit Kualiti Perkhidmatan
i. Melaksanakan inovasi dan teknologi berkaitan bantuan pengguna berdasarkan perancangan bahagian.
ii. Membantu tadbir urus dan pelaksanaan platform digital bantuan pengguna serta perkhidmatan teknologi Sistem Bantuan Pengguna.
iii. Menyelaras penambahbaikan berterusan terhadap kualiti penyampaian perkhidmatan ICT melalui analisis maklum balas pengguna, laporan penyelesaian pengurusan help desk dan aduan pengguna secara menyeluruh.
iv. Menyediakan dan mengurus pelaksanaan bantuan pengguna untuk perkhidmatan digital.
v. Melaksanakan pematuhan dan pembudayaan berkaitan keselamatan ICT.
Unit Pengurusan Projek & Pengembangan Kompetensi
i. Melaksanakan inovasi dalam pengurusan projek infrastruktur dan infrastruktur ICT bagi memenuhi keperluan operasi jabatan dan universiti.
ii. Melaksanakan khidmat nasihat serta perundingan pengurusan projek ICT.
iii. Mentadbir dan mengawal keberhasilan pelan latihan kompetensi bagi memastikan peningkatan keupayaan pegawai yang berterusan.
iv. Merancang dan melaksanakan pembangunan kompetensi ICT staf jabatan selaras dengan pelaksanaan kerja dan tugas semasa.
v. Mengurus perolehan unit mengikut perancangan.
vi. Melaksanakan pematuhan dan pembudayaan berkaitan keselamatan ICT.
Seksyen Pentadbiran & Kewangan
i. Menyelaras operasi governan dan keselamatan ICT yang merangkumi skop infrastruktur dan infrastruktur ICT universiti.
ii. Menyelaras hal ehwal pentadbiran dan kewangan jabatan yang merangkumi pengurusan sumber manusia, perolehan, bajet, pembiayaan serta pematuhan kepada dasar dan tatacara kewangan universiti.
Bahagian Infostruktur Digital
i. Merancang pembangunan, pelaksanaan inovasi dan pengembangan teknologi infrastruktur digital universiti.
ii. Mentadbir penyelenggaraan pembangunan aplikasi bagi menyokong kesinambungan operasi jabatan dan universiti.
iii. Menganalisis khidmat nasihat pembangunan sistem aplikasi, aplikasi mobile dan pangkalan data berdasarkan teknologi terkini.
iv. Mentadbir sumber manusia bahagian dan perolehan projek infrastruktur digital universiti.
v. Mentadbir perancangan strategik digital bagi pelaksanaan infrastruktur digital universiti.
vi. Mentadbir pembudayaan keselamatan siber dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran infrastruktur digital.
Seksyen Aplikasi Pentadbiran
i. Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan inovasi dan pengembangan teknologi infrastruktur sokongan digital mengikut perancangan jabatan.
ii. Menyelaras dan memantau penyelenggaraan dan sokongan infrastruktur sokongan digital bagi kelestarian operasi jabatan dan universiti.
iii. Memudah cara khidmat nasihat serta perundingan teknologi infrastruktur sokongan digital ke arah pelaksanaan yang cekap dan efisien.
iv. Menyelaras dan memantau perancangan dan perolehan teknologi sokongan digital bagi kelestarian operasi digital universiti.
v. Menyelaras dan memantau Perancangan Strategik Digital bagi pengurusan dan pembangunan sokongan digital universiti.
vi. Menyelaras pembudayaan keselamatan digital dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran sokongan digital.
Unit Sistem Sumber Manusia
i. Melaksanakan teknologi berkaitan sumber manusia berdasarkan perancangan seksyen.
ii. Melaksanakan pembangunan serta penyelenggaraan sistem aplikasi sumber manusia universiti.
iii. Menyediakan perkhidmatan rundingan nasihat pembangunan sistem aplikasi berdasarkan teknologi terkini.
iv. Melaksanakan proses perolehan projek aplikasi berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan oleh seksyen.
v. Melaksanakan inisiatif mengikut skop pembangunan sistem-sistem aplikasi universiti.
vi. Melaksanakan pembudayaan keselamatan siber dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran infrastruktur digital.
Unit Sistem Kewangan
i. Melaksanakan teknologi berkaitan kewangan berdasarkan perancangan seksyen.
ii. Melaksanakan pembangunan serta penyelenggaraan sistem aplikasi kewangan universiti.
iii. Menyediakan perkhidmatan rundingan nasihat pembangunan sistem aplikasi berdasarkan teknologi terkini.
iv. Melaksanakan proses perolehan projek aplikasi berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan oleh seksyen.
v. Melaksanakan inisiatif mengikut skop pembangunan sistem-sistem aplikasi universiti.
vi. Melaksanakan pembudayaan keselamatan siber dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran infrastruktur digital.
Unit Sistem Sokongan
i. Melaksanakan teknologi berkaitan sistem sokongan berdasarkan perancangan seksyen.
ii. Melaksanakan pembangunan serta penyelenggaraan sistem-sistem aplikasi sokongan universiti.
iii. Menyediakan perkhidmatan rundingan nasihat pembangunan sistem-sistem aplikasi berdasarkan teknologi terkini.
iv. Melaksanakan proses perolehan projek aplikasi berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan oleh seksyen.
v. Melaksanakan inisiatif mengikut skop pembangunan sistem-sistem aplikasi universiti.
vi. Melaksanakan pembudayaan keselamatan siber dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran infrastruktur digital.
Seksyen Aplikasi Akademik & Pelajar
i. Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan inovasi dan pengembangan teknologi infrastruktur mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh bahagian.
ii. Menyelaras dan memantau penyelenggaraan/pembangunan aplikasi bagi menyokong kesinambungan operasi jabatan dan universiti.
iii. Memudah cara khidmat nasihat pembangunan sistem aplikasi berdasarkan teknologi terkini.
iv. Menyelaras sumber manusia dan perolehan projek aplikasi universiti.
v. Menyelaras dan memantau Pelan Strategik Digital bagi menyokong pemodenan aplikasi mengikut keperluan universiti.
vi. Menyelaras pembudayaan keselamatan siber dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran infrastruktur digital.
Unit Sistem Akademik
i. Melaksanakan teknologi berkaitan akademik pelajar (UG/PG) berdasarkan perancangan seksyen.
ii. Melaksanakan pembangunan serta penyelenggaraan sistem aplikasi akademik universiti.
iii. Menyediakan perkhidmatan rundingan nasihat pembangunan sistem aplikasi berdasarkan teknologi terkini.
iv. Melaksanakan proses perolehan projek aplikasi berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan oleh seksyen.
v. Melaksanakan inisiatif mengikut skop pembangunan sistem-sistem aplikasi universiti.
vi. Melaksanakan pembudayaan keselamatan siber dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran infrastruktur digital.
Unit Sistem Pelajar
i. Melaksanakan teknologi berkaitan hal ehwal pelajar berdasarkan perancangan seksyen.
ii. Melaksanakan pembangunan serta penyelenggaraan sistem aplikasi pelajar universiti.
iii. Menyediakan perkhidmatan rundingan nasihat pembangunan sistem aplikasi berdasarkan teknologi terkini.
iv. Melaksanakan proses perolehan projek aplikasi berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan oleh seksyen.
v. Melaksanakan inisiatif mengikut skop pembangunan sistem-sistem aplikasi universiti.
vi. Melaksanakan pembudayaan keselamatan siber dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran infrastruktur digital.
Unit e-Pembelajaran
i. Melaksanakan teknologi berkaitan e-pembelajaran berdasarkan perancangan seksyen.
ii. Melaksanakan pembangunan serta penyelenggaraan e-pembelajaran (Moodle).
iii. Menyediakan perkhidmatan rundingan nasihat e-pembelajaran berdasarkan teknologi terkini.
iv. Melaksanakan proses perolehan projek e-pembelajaran berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan oleh seksyen.
v. Melaksanakan inisiatif mengikut skop e-pembelajaran universiti.
vi. Melaksanakan pembudayaan keselamatan siber dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran infrastruktur digital.
Seksyen Data & Platform Digital
i. Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan inovasi dan pengembangan teknologi infrastruktur dan pangkalan data mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh bahagian.
ii. Menyelaras dan memantau penyelenggaraan/pembangunan aplikasi, aplikasi mobile serta pangkalan data bagi menyokong kesinambungan operasi jabatan dan universiti.
iii. Memudah cara khidmat nasihat pembangunan sistem aplikasi, aplikasi mobile dan pangkalan data berdasarkan teknologi terkini.
iv. Menyelaras sumber manusia dan perolehan projek aplikasi, aplikasi mobile dan pangkalan data universiti.
v. Menyelaras dan memantau Pelan Strategik Digital bagi menyokong pemodenan aplikasi mengikut keperluan universiti.
vi. Menyelaras pembudayaan keselamatan siber dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran infrastruktur digital.
Unit Aplikasi Mobile & Teknologi Web
i. Melaksanakan teknologi berkaitan aplikasi mobile berdasarkan perancangan seksyen.
ii. Melaksanakan pembangunan serta penyelenggaraan aplikasi mobile universiti.
iii. Menyediakan perkhidmatan rundingan nasihat pembangunan aplikasi mobile berdasarkan teknologi terkini.
iv. Melaksanakan proses perolehan projek aplikasi mobile berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan oleh seksyen.
v. Melaksanakan inisiatif mengikut skop pembangunan sistem-sistem aplikasi mobile universiti.
vi. Melaksanakan pembudayaan keselamatan siber dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran infrastruktur digital.
Unit Pangkalan Data
i. Melaksanakan teknologi berkaitan pangkalan data berdasarkan perancangan seksyen.
ii. Melaksanakan pengoperasian serta penyelenggaraan pangkalan data universiti.
iii. Menyediakan perkhidmatan rundingan nasihat pangkalan data berdasarkan teknologi terkini.
iv. Melaksanakan proses perolehan berkaitan pangkalan data berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan oleh seksyen.
v. Melaksanakan inisiatif mengikut skop pangkalan data universiti.
vi. Melaksanakan pembudayaan keselamatan siber dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran infrastruktur digital.
Unit Sistem Penyelidikan
i. Melaksanakan teknologi berkaitan sistem penyelidikan berdasarkan perancangan seksyen.
ii. Melaksanakan pembangunan serta penyelenggaraan sistem-sistem aplikasi penyelidikan universiti.
iii. Menyediakan perkhidmatan rundingan nasihat pembangunan sistem aplikasi berdasarkan teknologi terkini.
iv. Melaksanakan proses perolehan projek aplikasi berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan oleh seksyen.
v. Melaksanakan inisiatif mengikut skop pembangunan sistem-sistem aplikasi universiti.
vi. Melaksanakan pembudayaan keselamatan siber dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran infrastruktur digital.
Bahagian Infrastruktur Digital
i. Merancang pembangunan, pelaksanaan inovasi dan pengembangan teknologi infrastruktur digital universiti.
ii. Mentadbir penyelenggaraan kemudahan serta perkhidmatan infrastruktur digital bagi kelestarian operasi jabatan dan universiti.
iii. Menganalisis khidmat nasihat serta perundingan teknologi dan perkhidmatan digital ke arah pelaksanaan yang cekap dan efisien.
iv. Mentadbir sumber manusia bahagian dan perolehan infrastruktur digital universiti.
v. Mentadbir perancangan strategik digital bagi pelaksanaan infrastruktur digital universiti.
vi. Mentadbir pembudayaan keselamatan siber dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran infrastruktur digital.
Seksyen Teras Digital
i. Menyelaras pembangunan, pelaksanaan inovasi serta pengembangan teknologi berkaitan infrastruktur teras digital selaras dengan perancangan jabatan.
ii. Menyelaras dan memantau penyelenggaraan dan sokongan infrastruktur teras digital bagi kelestarian operasi jabatan dan universiti.
iii. Memudah cara khidmat nasihat serta perundingan teknologi infrastruktur teras digital ke arah pelaksanaan yang cekap dan efisien.
iv. Menyelaras sumber manusia seksyen dan perolehan teras digital bagi kelestarian operasi digital universiti.
v. Menyelaras dan memantau inisiatif perancangan strategik digital bagi pengurusan dan pembangunan teras digital universiti.
vi. Menyelaras pembudayaan keselamatan siber dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran teras digital.
Unit Rangkaian
i. Melaksana pembangunan, inovasi, serta pengembangan teknologi berkaitan infrastruktur rangkaian selaras dengan perancangan jabatan.
ii. Melaksana penyelenggaraan dan sokongan perkhidmatan rangkaian universiti bagi kelestarian operasi jabatan dan universiti.
iii. Menyediakan khidmat nasihat serta perundingan teknologi rangkaian ke arah pelaksanaan yang cekap dan efisien.
iv. Melaksanakan perolehan rangkaian bagi kelestarian operasi digital universiti.
v. Melaksanakan inisiatif strategik digital bagi pengurusan dan pembangunan rangkaian universiti.
vi. Melaksanakan pembudayaan keselamatan siber dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran rangkaian.
Unit Pusat Data
i. Melaksana pembangunan, inovasi, serta pengembangan teknologi berkaitan pengurusan pusat data selaras dengan perancangan jabatan.
ii. Melaksana penyelenggaraan dan sokongan perkhidmatan pusat data bagi kelestarian operasi jabatan dan universiti.
iii. Menyediakan khidmat nasihat serta perundingan teknologi pusat data ke arah pelaksanaan yang cekap dan efisien.
iv. Melaksanakan perolehan pusat data bagi kelestarian operasi digital universiti.
v. Melaksanakan inisiatif strategik digital bagi pengurusan dan pembangunan pusat data universiti.
vi. Melaksanakan pembudayaan keselamatan siber dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran pusat data.
Unit Pengurusan Identiti & Integrasi Digital
i. Melaksana pembangunan, inovasi, serta pengembangan teknologi berkaitan pengurusan identiti dan integrasi digital selaras dengan perancangan jabatan.
ii. Melaksana penyelenggaraan dan sokongan pengurusan identiti dan integrasi digital bagi kelestarian operasi jabatan dan universiti.
iii. Menyediakan khidmat nasihat serta perundingan teknologi pengurusan identiti dan integrasi digital ke arah pelaksanaan yang cekap dan efisien.
iv. Melaksanakan perolehan pengurusan identiti dan integrasi digital bagi kelestarian operasi digital universiti.
v. Melaksanakan inisiatif strategik digital bagi pengurusan identiti dan pembangunan integrasi digital universiti.
vi. Melaksanakan pembudayaan keselamatan siber dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran pengurusan identiti dan integrasi digital.
Seksyen Sokongan Digital
i. Menyelaras pembangunan, pelaksanaan inovasi serta pengembangan teknologi berkaitan infrastruktur teras digital selaras dengan perancangan jabatan.
ii. Menyelaras dan memantau penyelenggaraan dan sokongan infrastruktur teras digital bagi kelestarian operasi jabatan dan universiti.
iii. Memudah cara khidmat nasihat serta perundingan teknologi infrastruktur teras digital ke arah pelaksanaan yang cekap dan efisien.
iv. Menyelaras sumber manusia seksyen dan perolehan teras digital bagi kelestarian operasi digital universiti.
v. Menyelaras dan memantau inisiatif perancangan strategik digital bagi pengurusan dan pembangunan teras digital universiti.
vi. Menyelaras pembudayaan keselamatan siber dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran teras digital.
Unit Sokongan Pentadbiran & Majlis
i. Melaksana pembangunan, inovasi, serta pengembangan teknologi berkaitan pentadbiran dan majlis selaras dengan perancangan jabatan.
ii. Melaksana penyelenggaraan dan sokongan perkhidmatan pentadbiran dan majlis bagi kelestarian operasi jabatan dan universiti.
iii. Menyediakan khidmat nasihat serta perundingan teknologi pentadbiran dan majlis ke arah pelaksanaan yang cekap dan efisien.
iv. Melaksanakan perolehan teknologi pentadbiran & majlis bagi kelestarian operasi digital universiti.
v. Melaksanakan inisiatif perancangan strategik digital bagi pengurusan dan pembangunan teknologi pentadbiran dan majlis universiti.
vi. Melaksanakan pembudayaan keselamatan digital dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran sokongan pentadbiran.
Unit Sokongan PDP Pekan
i. Melaksana pembangunan, inovasi, serta pengembangan teknologi berkaitan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perancangan jabatan.
ii. Melaksana penyelenggaraan dan sokongan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran bagi kelestarian operasi jabatan dan universiti.
iii. Menyediakan khidmat nasihat serta perundingan teknologi pengajaran dan pembelajaran ke arah pelaksanaan yang cekap dan efisien.
iv. Melaksanakan perolehan teknologi pengajaran dan pembelajaran bagi kelestarian operasi digital universiti.
v. Melaksanakan inisiatif pelan strategik digital pengurusan dan pembangunan teknologi pengajaran dan pembelajaran universiti.
vi. Melaksanakan pembudayaan keselamatan digital dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran PdP.
Unit Sokongan PDP Gambang
i. Melaksana pembangunan, inovasi, serta pengembangan teknologi berkaitan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perancangan jabatan.
ii. Melaksana penyelenggaraan dan sokongan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran bagi kelestarian operasi jabatan dan universiti.
iii. Menyediakan khidmat nasihat serta perundingan teknologi pengajaran dan pembelajaran ke arah pelaksanaan yang cekap dan efisien.
iv. Melaksanakan perolehan teknologi pengajaran dan pembelajaran bagi kelestarian operasi digital universiti.
v. Melaksanakan inisiatif pelan strategik digital bagi pengurusan dan pembangunan teknologi pengajaran dan pembelajaran universiti.
vi. Melaksanakan pembudayaan keselamatan digital dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran PdP.
Seksyen Perkhidmatan Digital
i. Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan inovasi dan pengembangan teknologi infrastruktur sokongan digital mengikut perancangan jabatan.
ii. Menyelaras dan memantau penyelenggaraan dan sokongan infrastruktur sokongan digital bagi kelestarian operasi jabatan dan universiti.
iii. Memudah cara khidmat nasihat serta perundingan teknologi infrastruktur sokongan digital ke arah pelaksanaan yang cekap dan efisien.
iv. Menyelaras dan memantau perancangan dan perolehan teknologi sokongan digital bagi kelestarian operasi digital universiti.
v. Menyelaras dan memantau perancangan strategik digital bagi pengurusan dan pembangunan sokongan digital universiti.
vi. Menyelaras pembudayaan keselamatan digital dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran sokongan digital.
Unit Komunikasi & Keselamatan Digital
i. Melaksana pembangunan, inovasi, serta pengembangan teknologi berkaitan komunikasi dan keselamatan digital selaras dengan perancangan jabatan.
ii. Melaksana penyelenggaraan dan sokongan komunikasi dan keselamatan digital bagi kelestarian operasi jabatan dan universiti.
iii. Menyediakan khidmat nasihat serta perundingan teknologi komunikasi dan keselamatan digital ke arah pelaksanaan yang cekap dan efisien.
iv. Melaksana perolehan komunikasi dan keselamatan digital bagi kelestarian operasi digital universiti.
v. Melaksanakan inisiatif perancangan strategik digital bagi pengurusan dan pembangunan komunikasi & keselamatan digital universiti.
vi. Melaksanakan pembudayaan keselamatan digital dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran komunikasi dan infrastruktur keselamatan kampus.
Unit Pemodenan Teknologi
i. Melaksana pembangunan, inovasi, serta pemodenan teknologi khusus HPC, VDI, AI dan IOT selaras dengan perancangan jabatan.
ii. Melaksana penyelenggaraan dan sokongan pemodenan teknologi bagi kelestarian operasi jabatan dan universiti.
iii. Menyediakan khidmat nasihat serta perundingan pemodenan teknologi ke arah pelaksanaan yang cekap dan efisien.
iv. Melaksana perolehan berkaitan pelaksanaan pemodenan teknologi bagi kelestarian operasi digital universiti.
v. Melaksanakan inisiatif Pelan Strategik Digital bagi pengurusan dan pembangunan pemodenan teknologi universiti.
vi. Melaksanakan pembudayaan keselamatan digital dan amalan pematuhan governan ICT dalam persekitaran pemodenan teknologi.
Kemaskini : 8 Julai 2026