Image

EKSA@DiTec

Pengenalan

EKSA ialah singkatan dari perkataan asalnya iaitu EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM. Ia telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam. 

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah 5 elemen baharu, iaitu: 

  • Imej Korporat
  • Kreativiti dan Inovasi
  • Amalan Hijau
  • Persekitaran Kondusif dan
  • Kepelbagaian Agensi
Image

Dasar & Slogan

Image

Objektif

Image

Mengamalkan semangat kerja berpasukan melibatkan semua warga UMPSA secara langsung dalam aktiviti EKSA seperti gotong-royong, pertandingan dan lawatan sepanjang tahun.

Image

Mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja  yang sentiasa bersih dari sampah, habuk, minyak  dan kotoran serta bau dengan memastikan  amalan kebersihan dilaksanakan seperti berikut:

  1. Semua staf membersihkan tempat kerja  sendiri setiap hari, sebelum dan selepas kerja;
  2. Ahli kumpulan bergotong-royong dalam  aktiviti pembersihan tempat kerja mereka  sekali sebulan; dan
  3. Staf bergotong-royong bagi melaksanakan  pembersihan setiap enam bulan sekali.
Image

Pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan,  kemudahan dan persekitaran di pejabat, fasiliti  dan peralatan yang disediakan.

Carta EKSA

JAWATANKUASA PELAKSANA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
PUSAT TEKNOLOGI DIGITAL TAHUN 2024
Image

Kemaskini : 25 Jan 2024