Sesi Audit ISMS UMP: Pemantauan SIRIM Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat
Sesi Audit Pemantauan SIRIM Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah diadakan dengan jayanya pada 25 – 26 Januari 2021 secara remote disebabkan Pandemik Covid-19.
Audit ini merupakan audit pertama kali yang dijalankan secara remote dengan menggunakan platform GoogleMeet dan ISMS E-Document System (Microsoft Sharepoint).
Lawatan ke Pusat Data UMP telah dilakukan secara virtual tour. Sebagaimana sedia maklum, UMP telah berjaya mendapat pengiktirafan MS ISO/IEC 27001:2013 ISMS pada tahun 2013 dan mengekalkan pensijilan tersebut sehingga sekarang.
Objektif pelaksanaan audit dalam ini adalah bagi memastikan semua aktiviti yang terlibat dalam ISMS diaudit sebagaimana yang dirancang bagi mengesahkan ISMS tersebut berfungsi dengan berkesan serta tindakan pengesanan, pencegahan, penambahbaikan dan peningkatan kualiti yang berterusan dapat dibuat.
Pasukan juruaudit SIRIM QAS yang terlibat adalah seperti berikut:
- Mohammad Hamidi Bin Yusop (Ketua Juruaudit)
- Teh Thian Soong (Juruaudit)
Skop Persijilan pengoperasian dan penyelenggaraan ialah: Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) bagi;
- Pengurusan Akademik Untuk Pelajar Pra Siswazah Menggunakan Sistem Aplikasi Akademik Prasiswazah UMP Di Pusat Pengurusan Akademik (PPA) Dan Pusat Pemasaran Dan Kemasukan Akademik (PPKA);
- Pengurusan Akademik Untuk Pelajar Siswazah Menggunakan Sistem Aplikasi Akademik Siswazah UMP Di Institut Pengajian Siswazah (IPS)
- Pengoperasian Dan Penyelenggaraan Sistem Aplikasi Akademik Prasiswazah Dan Siswazah UMP, Pengoperasian Dan Penyelenggaraan Pangkalan Data Serta Pengoperasian Dan Penyelenggaraan Pusat Data UMP Gambang Di Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (PTMK).
Secara keseluruhannya, pelaksanaan Audit SIRIM ISMS ini telah mencapai objektifnya dalam mengekalkan pensijilan ISO/IEC Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) 27001:2013.
Didapati pematuhan terhadap standard adalah berterusan. Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat yang dilaksanakan akan dapat membantu organisasi dalam memenuhi keperluan Dasar dan peraturan yang berkaitan.
Lihat galeri penuh >> | Sesi Audit ISMS UMP: Pemantauan SIRIM Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat |