DiTec Sertai Pertandingan Masak Bubur anjuran Masjid Al-Jazari, UMPSA Pekan

ditec sertai program masak bubur umpsa
DiTec Sertai Pertandingan Masak Bubur anjuran Masjid Al-Jazari, UMPSA Pekan
18 Julai 2025 | Pekan, Pahang – Seramai 13 orang staf dari Pusat Teknologi Digital (DiTec) telah menyertai Pertandingan Masak Bubur yang dianjurkan oleh Masjid Al-Jazari, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) cawangan Pekan, hari ini.

 Dalam pertandingan tersebut, kumpulan DiTec telah mendapat tempat pertama. DiTec juga telah menyediakan sebanyak 50 bekas Bubur Cha Cha Maembong untuk diedarkan kepada para jemaah masjid sebagai amal jariah dan usaha memeriahkan program komuniti.

Aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara staf melalui semangat kerja berpasukan, malah turut menyemai budaya memberi dalam kalangan warga kampus.
Semoga semangat kerjasama dan kekitaan ini terus subur dalam kalangan staf DiTec.

Print   Email