PERUBAHAN STORAN MICROSOFT 365 EDUCATION
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Pemakluman Had Storan Baharu bagi Microsoft 365 for Education
Kepada pengguna M365 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah,
Penggunaan aplikasi Microsoft meliputi aplikasi OneDrive,MsTeams,Exchange,Sharepoint adalah tertakluk kepada terma - terma perlesenan antara Kementerian Pengajian Tinggi dan Microsoft.
Mulai 1 Ogos 2024, Microsoft telah menguatkuasakan pengurangan storan Microsoft 365 for Education merentasi OneDrive, SharePoint, Teams dan Exchange emel dan akan terkait penggunaan di UMPSA.
Dengan itu, semua pengguna akan ditetapkan had jumlah storan yang boleh digunakan untuk menyimpan fail dan maklumat anda.
Peruntukan untuk simpanan terkumpul (Pooled Storage) bagi UMPSA hanyalah sebanyak 150TB dengan jumlah identiti akaun seramai 20,776 akaun aktif termasuk emel jabatan dan luar pesisir. Oleh kerana had storan terkumpul yang terhad, setiap pengguna hanya akan menerima had penyimpanan sebanyak 5GB OneDrive bagi pelajar dan 40GB OneDrive bagi Staf.
Untuk memastikan perkhidmatan akaun Microsoft tidak terganggu, sila salin dokumen dan fail anda ke peranti alternatif(Ext Hdd)/lokasi external cloud yang lain sebelum 1 Ogos 2024.
Pengguna hendaklah membuat pengemaskinian bahan peribadi terutamanya video atau imej bersaiz besar. Sila buat salinan fail/dokumen anda ke storan alternatif, dan hapuskan fail/dokumen yang disalin daripada OneDrive untuk memastikan kuota OneDrive anda berada pada tahap yang dibenarkan.
Setiap pengguna UMPSA diwajibkan untuk :
1. Menyemak dan menghapus fail bersaiz besar di OneDrive. Sila ke halaman ini,
2. Menyemak dan menghapus benda-benda lain di Outlook. Sila ke halaman ini,
Selepas Ogos 2024, anda perlu memastikan Had Storan anda kekal di bawah had yang telah ditetapkan.
Sekiranya OneDrive anda melebihi had storan,akaun anda akan menerima amaran dan hanya boleh diakses secara 'read-only' di OneDrive.Sekiranya hal ini berlaku, anda tidak dapat memuatnaik sebarang fail baru ke dalam OneDrive anda.
Bagi akaun yang melebihi had storan sekiranya tidak dikemaskini, ini akan menjejaskan bukan sahaja akaun anda tetapi keseluruhan perkhidmatan Microsoft di UMPSA.
Jika anda ingin membeli storan PERIBADI tambahan, sila rujuk Microsoft Workplace Discount Programme untuk menyemak kelayakan anda.
https://www.microsoft.com/en-my/workplace-discount-program
Pihak DiTEC sedang bekerjasama dengan Sokongan Teknikal Microsoft lantikan KPT bagi mendapatkan kaedah dan penyelesaian terbaik kearah mengurangkan impak kepada pengguna disebabkan oleh perubahan dasar Microsoft.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, hubungi Helpdesk DiTec 09-4315055
Refrence :
https://techcommunity.microsoft.com/t5/education-blog/program-updates-in-microsoft-365-for-education/ba-p/3885932