LARANGAN PEMASANGAN DAN LANGGANAN APLIKASI OTTER.AI MENGGUNAKAN E-MEL RASMI UMPSA

 

 Otter.AI

Pusat Teknologi Digital ingin memaklumkan bahawa penggunaan aplikasi Otter.ai adalah tidak dibenarkan melalui akaun e-mel rasmi UMPSA (@umpsa.edu.my) atau (@adab.umpsa.edu.my) bagi tujuan keselamatan data dan privasi organisasi.

Apakah itu Otter.ai?

Otter.ai merupakan aplikasi berasaskan Artificial Intelligence (AI) yang digunakan untuk menukar suara kepada teks seperti untuk:

  • Mencatat nota mesyuarat dan temuduga

  • Merakam idea semasa memandu

  • Transkripsi rakaman audio dan podcast

Risiko Penggunaan Otter.ai:
  • Perkongsian kandungan mesyuarat atau temuduga kepada pihak ketiga tanpa disedari

  • Pendedahan data sulit organisasi kepada pelayan luar

  • Kompromi terhadap keselamatan platform dan identiti pengguna MyGovUC atau akaun rasmi Gmail UMPSA

Larangan Ini Termasuk:
  • Klik atau langgan (subscribe) pautan daripada Otter.ai yang diterima melalui e-mel

  • Sambungan aplikasi Otter.ai pada Google Workspace (Gmail, Google Meet)

  • Penggunaan aplikasi serupa seperti Fireflies.ai, Grain.co, dan lain-lain yang mempunyai fungsi transkripsi automatik

Tindakan Yang Perlu Diambil:
  1. Padam Otter.ai daripada peranti dan akaun Google masing-masing

  2. Batalkan langganan jika sudah berdaftar untuk mengelakkan caj berulang

  3. Laporkan kepada Unit Keselamatan Digital UMPSA jika terdapat sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan Otter.ai

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
📧 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
📞 09-431 5055 (Helpdesk DiTec)

Sekian, terima kasih atas kerjasama semua dalam menjaga keselamatan digital UMPSA.

Pusat Teknologi Digital,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)


Print   Email