MICROSOFT AZURE DEV TOOLS FOR TEACHING (ADT4T)

 Azure Tools

Microsoft Azure Dev Tools for Teaching (ADT4T) merupakan inisiatif oleh Microsoft yang menyediakan akses percuma kepada pelbagai perisian pembangunan kepada pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi. Program ini bertujuan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta penyelidikan dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.

Apa itu Azure Dev Tools for Teaching?

ADT4T membolehkan warga UMPSA mengakses dan memuat turun pelbagai perisian pembangunan yang penting dalam bidang akademik dan penyelidikan. Antara perisian yang tersedia termasuk:

  • Microsoft Visio
  • Microsoft Access
  • Visual Studio (Community, Enterprise, for Mac)
  • SQL Server
  • Windows 10/11
  • Windows Server

Untuk senarai penuh perisian yang ditawarkan, sila lawati Azure Dev Tools for Teaching.

Cara Mendaftar dan Mengakses ADT4T

  1. Lawati Portal Azure Dev Tools for Teaching
    Pergi ke laman https://azureforeducation.microsoft.com/devtools.

  2. Log Masuk Menggunakan E-mel UMPSA
    Staf: Gunakan alamat e-mel rasmi UMPSA anda (contoh: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.).
    Pelajar: Gunakan alamat e-mel pelajar UMPSA anda (contoh: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.).

  3. Pengesahan Akaun
    Jika ini adalah kali pertama anda log masuk, anda mungkin diminta untuk mengisi borang pengesahan akademi
    •  First Name dan Last Name: Isikan nama anda.
    • Country: Pilih "Malaysia".
    • School Name: Pilih "Universiti Malaysia Pahang".
      Country
    • Date of Birth: Masukkan tarikh lahir anda.
    • School Email Address: Alamat e-mel UMPSA anda akan diisi secara automatik.
    • Terma Perkhidmatan: Setuju dengan terma yang diberikan.

  4. Pilih dan Muat Turun Perisian
    Setelah berjaya log masuk, anda boleh memilih perisian yang dikehendaki dan mengikuti arahan untuk memuat turunnya.

 ADT4T

Soalan Lazim (FAQ)

1. Siapa yang layak menggunakan ADT4T?
Semua pensyarah dan pelajar UMPSA yang mempunyai alamat e-mel rasmi universiti layak untuk mengakses perkhidmatan ini.

2. Adakah perisian ini percuma?
Ya, semua perisian yang ditawarkan melalui ADT4T adalah percuma untuk kegunaan akademik dan penyelidikan.

3. Bolehkah saya dapatkan perisian Microsoft Project?
Microsoft Project tidak termasuk dalam senarai perisian yang ditawarkan di bawah Azure Dev Tools for Teaching (ADT4T).

4. Bagaimana jika saya menghadapi masalah semasa log masuk atau memuat turun perisian?
Anda boleh menghubungi ICT Helpdesk UMPSA melalui:

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Telefon: 09-4315055
WhatsApp: 09-4315055


Print   Email